Thursday, 8 November 2018

Tahun depan jumpa lagi

Hari ni hari ke dua di kapit. Tahun depan jumpa lagi.
1. Arowana yellow tail 1 ekor
2. Tiger oscar 2 ekor
3. Batik oscar 2 ekor
4. Albino oscar 1 ekor
5. American tiger 5 ekor
6. Pecock bass azul 1 ekor
7. Common plecco 1 ekor
8. Talapia 4 ekor

Tuesday, 30 October 2018

Pengasih Dan Ilmu Guna-Guna

Nota : Artikel imi telah di tulis pada 25/05/2011, Khamis


 
Gambar Hiasan
          Bila cinta ditolak, pengasih dan ilmu guna-guna bertindak!!!  Assalamua’laikum sidang pembaca sekalian. Kali ini saya kembali lagi dengan tajuk yang agak menarik untuk dibincangkan. Pastinya ramai sahabat di luar sana yang pernah gagal dalam percintaan dan mungkin juga cinta tertolak dan membuatkan anda sakit hati dan kecewa. Pengasih dan ilmu guna-guna pastinya altenatif terbaik bagi mereka yang tidak punya iman dalam jiwanya bagi mengubat segala guris di hati. Semua kita maklum dengan kata-kata ini : 
“ Sakitnya luka di jasad, mudah saja di ubati. Sakitnya hati, mungkin saja dibawa ke mati!!”
Justeru, mungkin ramai diantara kita yang terfikir untuk berbuat sesuatu yang bisa mengubat sakitnya hati termasuk saya sendiri. Saya juga punya hati dan perasaan. Bila mana disakiti, sukar untuk disembuhkan. Alhamdulillah, Ilmu dan Iman yang Allah anugerahkan telah menyelamatkan saya daripada berbuat sesuatu yang syirik dan dimurkai Allah seperti menggunakan ilmu pengasih dan ilmu guna-guna.
Selama kita hidup, tahukah kita apakah itu pengasih dan ilmu guna-guna? Penting sangatkah untuk kita ketahui?

          Menurut saya sendiri, ilmu pengasih adalah satu ilmu yang digunakan oleh seseorang untuk mendapatkan cinta seseorang dengan mudah. Contohnya, minyak dagu, pengasih purnama, pengasih arjuna,pengasih jiwa dan banyak lagi jenis pengasih. Kebanyakan pengasih terdiri daripada mentera dan jampi. Kadang-kadang ada juga mentera yang diakhiri dengan kata-kata seperti ini :
“Berkat doa lailahaillallah, kun fayakun”

          Namun, haruslah diketahui oleh kita umat Islam. Setiap perkara yang tidak diajarkan oleh Rasulullah adalah Bid’ah. Walaupun terdapat perkataan seperti diatas disebut dalam mantera, ianya tetap salah menurut ajaran Islam. Lawan bagi ilmu pengasih adalah ilmu pembenci. Ilmu pembenci adalah satu ilmu yang digunakan oleh seseorang untuk menjauhkan seseorang daripada seseorang yang lain. Ilmu ini biasanya digunakan untuk memutuskan pertunangan seseorang dan juga meruntuhkan rumah tangga orang lain. Namun, terdapat juga Ilmu pembenci yang digunakan untuk diri sendiri. Contohnya, apabila terlalu ramai peminat dan menyebabkan seseorang itu merasa rimas. Hal demikian menyebabkan ilmu pembenci menjadi pilihan untuk mengelakkan diri daripada disukai. Sebenarnya saya sendiri tidak menyangka, wujud juga ilmu pembenci untuk diri sendiri. Saya ketahui daripada kawan saya sendiri apabila dia meminta saya menghapuskan minyak pembenci miliknya. 

          Ilmu guna-guna pula adalah satu ilmu yang sering digunakan untuk menyakiti seseorang. Contohnya, santau, santet, pukau, dan banyak lagi jenis. Ilmu sebegini, biasanya menjadi pilihan apabila wujud rasa benci yang teramat sangat terhadap seseorang hinggakan nafsu dan syaitan menguasai diri agar berbuat sesuatu yang boleh menzalimi orang lain dan juga diri. Bila bercakap tentang santau, pasti ramai diluar sana yang lebih mengetahuinya berbanding saya. Jenis santau yang biasanya kita ketahui ialah santau angin dan santau tuju. Ada juga yang mengatakan santau angin dan santau tuju adalah sama. Santau ni biasanya dibuat dengan kaca, racun, ulat bula dan dijampi. Biasanya santau ni orang letak kat hujung kuku. Ada juga yang mengatakan, kalau jari jemari seseorang kelihatan kilauan kaca, hendaklah berhati-hati kerana khuatir, mereka menujukan santau tersebut kepada kita. Justeru amalkan bismillah lima dan bismillah tujuh jika mahu lihat seseorang yang mempunyai santau supaya kita lebih behati-hati.

Bismillah 5
Bismillah hirrahmanirrahim
Bismillahhisyafi
Bismillah hi kafi
Bismillah hi mua’fi
Bismillahhillazi la yadurrumaa;smihi syai un fil ard dhi walafissamai wa huwassamiu’n a’lim
Bismillah tujuh ada banyak jenis, so, cari sendiri. Saya tak hafal. Panjang sangat.

Erm... saya menulis tajuk ini kerana seseorang telah menuduh saya melakukan pengasih dan ilmu guna-guna terhadap seorang perempuan. Saya akui, memang saya menyukai perempuan tersebut, tetapi menggunakan pengasih dan ilmu guna-guna bukanlah altenatif yang saya ada. Saya telah mendapat SMS seperti ini :
“Paku+Kain merah+Mantera=Pocong”
Saya terkejut dengan SMS tersebut. Kemudian saya dituduh menggunakan pengasih dan ilmu guna-guna. Apa untungnya saya berbuat demikian. Perbuatan tersebut hanya menempah satu tiket untuk ke neraka.
Hubungan saya dengan perempuan tersebut tidak lebih daripada sebagai seorang kawan. Mungkin sebab terlalu rapat menyebabkan banyak fitnah yang timbul. Dalam masa yang sama, saya juga menyukai dia. Namun sekarang, dia amat membenci saya. Secara rasional, adakah saya telah menggunakan pengasih terhadapnya? Saya seolah-olah sudah tidak mengenalinya. Kelakuannya terhadap orang lain seperti biasa tetapi terhadap saya sungguh berlainan. Pada pendapat saya sendiri, seseorang telah menggunakan ilmu pembenci dan imu guna-guna untuk kami berdua supaya saya tidak boleh berdekatan dengannya lagi. Hal ini kerana, setiap kali saya merapati perempuan tersebut, dia seperti orang kerasukan dan juga kesakitan. Hal ini membuatkan saya terpaksa menjauhi dia. Saya juga dituduh mengenakan ilmu guna-guna terhadap perempuan tersebut. Untuk pengetahuan, setiapkali perempuan tersebut mengadu sakit, saya juga merasainya. Hal inilah yang menghairankan saya. Kalau dia tidak boleh tidur sebab gangguan makhluk halus, saya dirumah juga begitu. Kalau dia kerasukan setiap jumaat, setiap jumaat juga fokus saya di dalam kelas juga terganggu kerana tubuh saya bergetar sendiri. Secara rasional, adakah saya telah menghantar ilmu guna-guna terhadap perempuan tersebut dan dalam masa yang sama saya sendiri merasai sakitnya. Hal inilah telah mengganggu fikiran saya sejak beberapa bulan ini. Cara saya menghadapi situasi ini adalah terpaksa melupakan perempuan tersebut dan berdoa agar Allah sembuhkan dia. Selain itu, telah menjadi hobi saya bersama dengan ayam-ayam saya apabila kepala terlampau stress. Semoga Allah menyembuhkan dia dan saya akan menanti khabar gembira tersebut. Saat ini, keadaan agak reda. Sudah seminggu saya langsung tidak melihatnya. Namun, ada juga perasaan tak sedap hati itu muncul. Namun, saya abaikan sahaja denga satu pengangan “ Stay away is more better than keep caring if the situation become more dificult”(Betul ke tak aku punya grammer ni..hahaha)Semoga juga Allah membantu kita menghadapi kehidupan yang penuh fitnah dan cubaan ini.

Erm...
Arr...
Entah...
Semuanya bermain dalam minda,
Menjawab segala teka-teki,
Hanyut di dalam buaian kokokan ayam,
Reban menjadi pilihan,
Lari dari alam nyata,
Sebati diri dengan alam,
Melihat,
Merenung,
Perhati,
Lalu aku kaji,
Segala yang berlaku,
Apa menjadi masalah?
Apa juga menjadi penyelesainya.
Entah,
Masih keliru dan juga buntu,
Di tuduh menghantar sesuatu,
Sesuatu itu apa?
Aku sendiri kurang mengerti,
Pengasih dan guna-guna igauan mimpi,
Nyata itu realiti,
Segala tradegi itu dari ilahi,
Siapa kita melawan kehendaknya,
Merancang itu tugas kita,
Menentukan itu serahkan saja pada yang berkuasa,
Kita hamba!!!
Ingat!!!
Hamba!!!
Doa itu machine gun kita,
Yakin itu pelurunya,
Kalau doa aja tapi ngak yakin,
Apa gunanya??
Tanya sama diri,
Tanya sama hati,
Tanya juga sama naluri,
Tapi ingat jangan pernah lupa tanya sama iman,
Cukupkah keyakinan aku terhadap dia sang pencipta?
Atau sekadar ucapan manis bibir mengharap perhatian,
Atau mungkin juga sekadar memenuhi keperluan,
Tanya sama hati?!!
Cukupkah yakinku pada Allah.
Jika ya?!!
Sejauh mana?!!
Seteguh mana!!
Sampai kapan kamu bisa?!!
Andai yakinmu belum cukup,
Kembalilah pada fitrah,
Fitrah manusia yang sentiasa mengharapkan perlindungan,
Mintalah perlindungan dengannya,
Jangan harap orang lain doakan untuk kita,
Sedangkan kita sendiri masih terlibat dalam dosa,
Pergaulan tidak dijaga,
Silaturrahim diputuskan,
Kemaafan tidak diendah,
Fitnah disebarkan,
Apa ertinya mengaku Islam?
Andai syariat Allah itu dipilih-pilih,
“Kalau aku nak aku buat
kalau tidak malas la nak beramal”
Jiwa itu adalah hati,
Rosaknya jiwa rosak nya hati dan pasti jasad juga bakal binasa!!!
Renungkan setiap kata,
Jangan hanya tahu terasa hati,
Perhati dan kaji makna tersembunyi,
Jangan lihat yang keruhnya sahaja,
Yang jernih diabai lalu terbiar menjadi omong kosong tanpa makna,
Luka jasad ubatnya minta sama doktor,
Luka hati ubatnya mintalah pada penciptanya.

True Love




Note : Artikel ini telah di keluarkan pada 18/02/2011 Jumaat

I once had a friend who grew to be very close to me. Once when we were sitting at the edge of a swimming pool, she filled the palm of her hand with some water and held it before me, and said this: "You see this water carefully contained on my hand? It symbolizes Love." This was how I saw it: As long as you keep your hand caringly open and allow it to remain there, it will always be there. However, if you attempt to close your fingers round it and try to posses it, it will spill through the first cracks it finds.
This is the greatest mistake that people do when they meet love... they try to posses it, they demand, they expect... and just like the water spilling out of your hand, love will retrieve from you. For love is meant to be free, you cannot change its nature. If there are people you love, allow them to be free beings.
Give and don't expect. Advise, but don't order. Ask, but never demand.
It might sound simple, but it is a lesson that may take a lifetime to truly practice. It is the secret to true love. To truly practice it, you must sincerely feel no expectations from those who you love, and yet an unconditional caring.
A good companion is not like the rain, which comes and goes. It's like the air, sometimes very quite!
If you love something, set it free; if it comes back it's yours, if it doesn't, it never was.


Friday, 26 October 2018

Ayam Bisa Bicara?



Assalamua'laikum rakan-rakan...nak share sikit tentang ayam...

Ayam : Hey manusia...kalau kau hebat kau jawab teka teki aku.

Manusia : Apa kau fikir kau hebat. Huh... 

Ayam : Kau rasa kau boleh jawab ke?

Manusia : Mestilah, aku manusia.. ko tu ayam..

Ayam : Bacalah ayat-ayat Allah pada lutut kau.

Manusia : Kau ni betul ke tak ayam. Mana ada ayat-ayat AAllah kat lutut aku.

Ayam : Apa kah perbezaan lutut ayam dan lutut manusia?

Manusia : Bezanya tempurung lutut lah. Tempurung lutut manusia di depan. Tempurung lutut ayam di belakang. Apa kaitannya dengan ayat-ayat Allah?

Ayam : Allah jadikan tempurung lutut ayam dibelakang untuk seekor ayam mengeramkan telurnya kerana ayam telahpun diperintahkan untuk mengeramkan telur. Manakala, tempurung lutut manusia diciptakan dihadapan kerana manusia telah pun diperintahkan untuk solat. Dengan luut yang dilindungi oleh tempurung lutut, manusia boleh beribadah dengan sempurna.

Manusia : MasyaAllah. Kenapa aku langsung tidak terbaca ayat-ayat Alalh ini. 

Note : Kisah ini telah diceritakan oleh seseorang yang memeluk Islam setelah dia mendapat mimpi bercakap dengan ayam. Melalui kisah ini juga telah ramai ilmuan diluar sana yang memeluk Islam kerana seekor ayam.

Ikan Oscar Batik dan Oscar Tiger



Red Tail Cat Fish Datang dan Pergi

Red tail catfish ini saya beli dengan harga RM 16.00 seekor. Ikan ini dari golongan ikan pemangsa dan buas. Jangan sesekali capurkan dengan ikan lain yang bersaiz sama besar atau lebih kecil dari saiz ikan ini.

Sebelum saya dipundahkan ke Kapit. Ini peliharaan saya ini telah kembong perut dan akhirnya mati setelah menelan seekor ikan oscar albino. Kesian.





Lawatan Rumah Panjang Dagum Nanga Bakut Katibas, Song

Pada 30/09/2018 yang lalu, saya telah berpeluang melawat Rumah Panjang Dagum Nanga Bakut Katibas Song yang terbakar pada 26/09/2018. Rombongan di sertai oleh Jais Kapit dan MRA. Saya merupakan wakil daripada Bank Rakyat Kapit. Sumbangan telah dihulurkan. Semoga dapat meringankan sedikit bebanan mangsa kebakaran.

Sungai Batang Rajang merupakan sungai yang dihuni oleh spesis ikan termahal iaitu ikan empurau. Harganya boleh mencevah RM 1,000 sekilo gram. 





American Tiger Fish Dari Sungai Sarawak

American Tiger Fish juga boleh di dapati di mana-mana kedai ikan hias. Jenis ini mungkin agak murah berbanding Tiger Fish yang lain seperti Indonesian tiger dan Siames Tiger. Dipasaran harganya mungkin sekitar RM 50.00 seekor.

Ikan yang dalam gambar di bawah adalah merupakan ikan yang didapati di perairan sungai Sarawak. Boleh di campur bersama ikan-ikan pemangsa yang lain.




4/10/2018 saya akan terbang balik ke Kuching untuk buat Water Change.